CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 25 Mac 2009

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Selasa, 17 Mac 2009

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan
puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali
hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.

Menangguh Kerja?

Sikap menangguh kerja datang secara tidak disedari. Ia seperti fenomena 'latah' yang berlaku kerana faktor 'pembelajaran' (learned behavior) dan sebagai 'attention getter'. Namun, jika anda merasakan anda seorang yang cenderung menangguh-nangguh tugas yang perlu dilakukan, anda perlu lakukan sesuatu!

Tabiat negatif itu perlu diubah dengan anda memberi reaksi berikut jika ada tugas yang perlu diselesaikan :

1. Buat segera - terus laksanakan tugasan yang diberi.

2. Usah tunggu - inisiatif diri - katakan pada diri
anda menangguhnya tidak akan
membuat tugas itu lebih mudah

3. Mulakan sekarang -Masa yang lebih baik untuk
melakukan tugas itu
adalah SEKARANG berbanding
kemudian.


Menangguh-nangguh tugas boleh menjadi suatu tabiat yang berulang, demikian rumus sekumpulan ahli psikologi. Menurut mereka, bertangguh-tangguh adalah satu tabiat psikologi yang menjejas ramai manusia, tetapi ia boleh dikuasai.


Fenomena itu dikaji oleh Dr Sean McCrea dan rakan-rakan ahli psikologinya dari Universiti Konstanz di Jerman. Kajian mereka diterbitkan dalam edisi Disember 2008 jurnal 'Psychological Science'.


Manusia lebih cenderung untuk bertangguh-tangguh jika mereka memikirkan sesuatu tugas yang perlu dilakukan itu secara abstrak dan bukan secara konkrit.


"Setakat memikirkan tugas yang perlu dilakukan itu secara konkrit dari segi yang khusus, membuat seseorang berasa bahawa tugas itu perlu diselesaikan lebih cepat". Ini bermakna memikirkan tentang tugas itu dari segi bila ia mesti diselesaikan dan apakah perkara-perkara khusus yang perlu dilakukan, termasuk siapa dan benda-benda apa yang terlibat, akan membuat seseorang terdorong untuk menyegerakan tugasnya.


Sebaliknya, memikirkan secara abstrak seperti perihal orang yang memberikan tugas itu dan sebagainya akan membuat kita berlengah.

Oleh itu, FIKIR SECARA KONKRIT - PRAKTIKAL - bagaimana? Lakukan sesuatu yang mudah TERGAMBAR dalam FIKIRAN anda. Sesuatu yang mudah DIGAMBARKAN ialah sesuatu yang bukan bersifat abstrak.

ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!

Isnin, 16 Mac 2009

ape2 je lah...

lama dh x catat ape2..sblm ni bz sgt dgn kje..biasalah bt kje org.bkn bt kje sndri..he3..ape nk jd lah..skrg ni khdpn aku lbh ceria..aku dh jmpe org yg btul2 nk kan aku..wlopun masih lg dlm proses mngenali dri masing2..at least xlh mgecewakan..n x mykitkn ht...drpd yg sblm ni..aku nk tutup buku..dh xnk ingt perkara lama..bru2 ni aku dpt brita kwn yearbook aku xcdent,nme dia shah,dia x lah truk sgt..tp member dia sorg meninggal..semoga rohnye d cucuri rahmat..ye lah malang x berbau..ni lah mslhnye klo ank dara ikut2 lki ni..bile dh jd mcm ni..kluarga prmpn x blh nk mrh bdk lki tu..coz ank dia yg nk naik kete dgn org tu kn?lain lah klo kene paksa..lgpun bnde nk jd..jd kn pengajaran..