CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 Jun 2009

Senyum Sejenak...

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh


p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Renungan Malam Pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

unuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. , Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang mem akainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. .....itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..



Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir mem buang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk membacanya terus hingga ke akhir.

Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah...



Marilah mem buat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

Thanks & Regards

Sofiah Hanim Bt Ahmad Anuar
Finance & Accounts Division, Proton Edar Sdn Bhd

Assalamualaikum semua,

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun
nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite
pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje
dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari.
tokey nya cina pekerja nya indon.
dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat,
nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.
nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu.
sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kancite dia lak nak cari air basuh tangan.
Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia
pun tanya."Eh pakai tulang ke masak kari,
u kantak makan daging.
" ooo
ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit
masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut.
Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak
samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah
bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut
dia dah jd darah daging. pendek cite nya lepas
tu dia sebar kanhal yg jd kat dia kat semua
org yg dia kenal..lepas tu cina tu bungkus tak
tau
pindah mn gerainya.

Moralnya: Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya
indon atau pun ada logo halal.
Cina ni semuanya nak menjahanam kankita.


MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina
tu! daging ayam dan
lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses
tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan,
boleh dikatakan semua product dari
oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala
pork product yg lain seperti lard (minyak babi),
pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger)
dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during
breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa
bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ
terdapat satu BUTCHER Dept.....
1.. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork
casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage.

Semua ingredients untuk sausage diblend bersama
pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah
break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still
contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey
roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami.
Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan
digunakan secara meluas
sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg
disusun lawa-lawa pada buffet table seperti
Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang
menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,
Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian
pembaik
pulih bekalan elektrik..

Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di
kawasan Jenjarum Banting.
Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja
pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di
kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai
kebenaran memasuki kawasan yang
melibatkan penggunaan elektrik,
jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah
kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging
ayam berlongok-longok.
Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. .
Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging
ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama
kemudian dijadikan burger..

Beliau
telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa
dicampurkan daging babi dengan daging ayam!
Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger
yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.
Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah
dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus
kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang
tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu
Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia).
Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI",
menyirap darah bapanya

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat
serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde.
Mungkin dah pindah bila menyedari
ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah
mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.


Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi
ada kat Malaysia ..
Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan
beratus ribu..
Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh
orang Cina saja.
Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang
lain, lepas tu bagi orang Melayu makan.
Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu
orang Melayu.

*frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda..

p/s:crita ni aku dapat dr emel aku..

Tazkirah Diri - IBU MITHALI YANG SEBENAR ..

marilah sama-sama kita jadikan iktibar..


> IBU
MITHALI
> PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam
erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa
hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

> "Sekarang ...," suara
pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah
"Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang
lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke
pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya.
Dipersilakan. "
> Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.
Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit
hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita
dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
> Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke
pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan
begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
> Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu
kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
> Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima
sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih
pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
> 'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan
menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti
hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing
ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
> Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
> Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
notaku.. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk
memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku.
Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
> Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wart awan dari syarikat akhbar dan
majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam
tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan
anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
> Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka
balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
> "Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang
gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada
pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang
penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
>
> Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
percakapan gadis itu.
> "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah
kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak
angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling
malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat
untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
>
> "Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu
sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu
pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video
yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus
menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri
daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin
masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali"
yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
> Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
> "Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin
semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
> "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu,
Aba ng Long. Yang sedang merangkak ke
sana ke mari itu, ialah
Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang
sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang
berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
> "Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan
fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang
tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir
hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti
budak berumur satu atau, dua tahun."
> Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
> "Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak
kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan,
pakai mereka."
> "Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati
melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
> "Mirah dah besar, kan
? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri,
kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali
dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyema rakkan api radang saya
> "Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat
segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak
selalu berkira!"
> "Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak
terpaksa membantu mereka."
>
> "Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak.
"Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata
mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
> "Mirah
... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia
mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak
pernah mengundang rasa simpati saya.
> "Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu
bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma
sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar
kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
> Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak
terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka,
tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak
pandai menga du perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya
langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada
saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
> "Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak."
Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun..
> "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
> "Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka,
bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali
saya mencadangkan hal itu.
&g t; "Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi
pendirian mak.
> Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
yang telah sedia terentang di hadapannya."
> "Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia
dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah
terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk
menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
> Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali
mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan
kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
> Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis
itu.
> "Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak, selama lebih kurang lima
jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang
dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long
enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik
mencirit saja.. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik
main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak
Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
> Penat saya membersihkannya. "
&g t;
> "Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh
saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak.
Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu
untuk mencari ketenangan."
> "Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu
bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada
orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
> "Mirah!" Ibu merangkul saya. "
Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
> "Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan
saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga
saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat
menjaga seorang anak normal.
> Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
> "Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang
pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula
dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih
dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal
bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah
berbanding dengan anak anaknya yang lain."
> "Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
> "Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu
sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas
menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh
hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena
lempanglah."
> "Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras
meskipun saya tahu saya bersalah.
> "Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah k epada ibu. Ibu sendiri
yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
mak."
> "Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
> "Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau
itu dapat meringankan penderitaan mak.
> Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
> "Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
> "Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya send iri. Mirah dapat ke sekolah.
Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak
pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.
Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan
meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat
Mirah terima hadiah."
> "Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
> "Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada
ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak
yang belum s embuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak
dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya
dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
> "Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di
pintu bilik saya. "Mirah."
> "Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura
tidur."
> "Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.
"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian.. Tentu Mirah letih menjaga
abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak,
sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu.
Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mir ah. Mak janji, lain kali mak
tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang-
abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
> Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.
Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak
ketika itu.
> "Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
> Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur
menimpa serata muka dan leher saya.
> "Walau apa pun tanggapan Mi rah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah
menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
> "Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada
kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan
esak tangis.
>
> Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat
mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta
belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
> Keadaan dewan
menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
> Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah
lima , saya telah
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah
berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
> "Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
> "Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
sempurna?"
> "Betul tu, Mirah. Di sana
nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan
kakak-kakak! "
> "Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
> Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
memandang saya.
> "Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih
berganti.
> "Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
> "Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
> "Insya-Allah, mak. Mi rah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi
Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
> Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah
mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi
pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
> Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin
cuba membebaskan saya daripada
kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai
abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya
saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa
tanggungjawab dan timbang rasa.
> Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya
dengan penuh minat.
> "Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia . Di
sana saya membuat pengkhususan dalam bidang
pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti
kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu,
pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk
abang-abang dan kakak-kakak.. "
> "Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah
yang telah saya miliki tidak seberapa nilai nya, berbanding dengan
mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
> "Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak.. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila
beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
> "Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak
ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
> Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?"
> "Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak
boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "
> "Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka
bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan
tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan
mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah
tangan yang sama, tangan mak."

> Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya
wanita turut mengesat air mata mereka.

> Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan
mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima
anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang
disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang
lain.

> "Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui
mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa
keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat.
Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak
dan ayah."

> "Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi,
mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah
mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.
Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan
anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

> "Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk
anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan
dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda
yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,
segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

> "Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga
pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib
dengan mak."
> "Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

> Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

> Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur.
Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera
rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara
rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik
perhatian wartawan-wartanan lain.

> 'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
> Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

> Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian
yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

> "Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri
Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu
Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta
beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri
dipersilakan. "

> Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia
terduduk kembali di atas kerusi.

> Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau
menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

> Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik
ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.